Moga Beroleh Kemenangan

Jumaat, Disember 11, 2009

Khutbah terakhir Rasullah s.a.w

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

Sabtu, Disember 05, 2009

Cahaya

Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri

Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi

Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu

Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku

Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku

Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu

Setia dengan Mu

Ahad, November 22, 2009

Tahun 2005 yang mengemparkan

BAB TANDA-TANDA DI BULAN RAMADHAN

Ketika manusia dalam kekelamkabutan akibat berbagai konflik akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka mulai menyala, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa-peristiwa langit yang menakjubkan pada bulan Ramadhan. Saya menyebutkan tanpa urutan.

Tetapi apa yang akan dilihat dan dialami secara berturut-turut dengan cepatnya. Ketika itu tidak terjadi Ramadhan kecuali manusia dalam keadaan menanti-nanti terjadinya berbagai perkara besar dan peristiwa dahsyat. Adapun peristiwa tersebut ialah:

1. Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.
2. Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.
3. Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akan mendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia.
Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20 Oktober 2005 ).
4. Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan. Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari, atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari. Saya tidak tahu manakah di antara keduanya yang terjadi lebih dahulu.

PERISTIWA YANG PERLU KITA DIPERHATIKAN

1. Kematian Raja Fadh
2. Suara kuat dalam bulan Ramadhan
3. Gerhana matahari di bulan Ramadhan
4. Gerhana bulan di bulan Ramadhan
5. Komet atau sebagainya ( letupan super volcano?) yang membawa kebinasaan di USA
6. Huru hara dalam bulan Syawal ( peperangan)
7. Peperangan dalam bulan Zulkaedah
8. Pada bulan Haji ada pertumpahan darah di Jamrah

Antara persediaan yang perlu kita buat ialah:

1. Menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat akhir surah Al_kahfi untuk menghindari diri dari fitnah Dajjal.
2. Membaca doa perlindungan fitnah Dajjal selepas tahyat akhir dalam
sembahyang sebelum salam.
3. Menyiapkan bekalan makanan, bahan api, gas untuk setahun apabila
ada terjadi sesuatu dipertengahan Ramadhan 2005.
4. Sampaikan peringatan ini kepada sahabat handai agar bersedia menghadapi situasi di atas.
5. Tambahkan taqwa dan amal menjelang saat yang rumit dan genting itu.

Sabtu, November 21, 2009

Penemuan manusia di Marikh

Akhbar Russia menggemparkan dunia apabila membuat kenyataan di slh sebuah bandar di sini, Bandar Volzhskii terdpt seorg bdak lelaki yg dtg dr Marikh. Bdak lelaki ini bernama Boriska dan kini berusia 7 thn.

Menurut akhbar Russia, bdk lelaki misteri ini mempunyai 2 keistimewaan. Pertama, Boriska mempunyai pengetahuan yg menakjubkan. Cthnya, sejarah ketamadunan Lemuria yg melebihi 8 ratus ribu thn, seorg pensyarah universiti pun x semestinya mengetahui ketamadunan ini, mungkin ada juga tetapi tidak lengkap. Tetapi bdak ini dpt menceritakan ttg sejarah, tamadun dan penduduk Lemuria dgn jelas. Kedua, bdak lelaki ini mempunyai pelbagai kepakaran spt bidang terminologi, menguasai data-data yg sempurna dan benar, dia juga sgt jelas dgn sejarah bumi dan juga Marikh.

Boriska ketika dilahirkan dahulu sudah boleh menatap wajah ibunya, akan tetapi bayi yg baru dilahirkan ini takdpt menumpukan perhatian pd sebarang benda. 15 hari selepas dilahirkan, dia sudah boleh mengangkat kepalanya, dia juga memahami tajuk akhbar-akhbar ketika dia berusia satu setengah tahun. ketika Boriska berusia 2 tahun, dia sentiasa bersila dan mengisahkan cerita ttg Marikh, planet-planet dan ketamadunan kuno.

Selain itu, Boriska sentiasa memberitahuu ibubapanya bahawa dia pernah mendiami Marikh. Menurut ceritanya, pd masa dahulu, Marikh pernah didiami org. Akan tetapi, disebabkan berlakunya bencana yg teruk, atmosfera Marikh serta merta musnah, dan hasilnya dilihat oleh saintis dan angkasawan masa kini. oleh itu, penduduk Marikh terpaksa meninggalkan daratan dan berpindah ke bawah tanah dan bernafas dgn pelbagai jenis gas.
"Org Marikh sgt tinggi, ketinggian mereka melebihi 7 meter dan mempunyai kekuatan yg misteri tetapi mereka suka berperang" kata Boriska .

Boriska turut memberitahu pemberita yg menemubualnya, dia sentiasa melawat bumi utk membuat siasatan ttg kehidupan bumi dgn menaiki kapal angkasanya. Menurut Boriska lagi, pendaratannya dr Marikh ke bumi berlaku pd waktu kemakmuran tamadun Lemuria, oleh itu dia mengetahui kehidupan Lemuria. Ketika itu, dia mempunyai seorg seorg kawan baik di Lemuria, tp kawan itu tlh mati didepannya. Boriska menerangkan bahawa pd masa itu, bumi mengalami bencana besar-besaran, darat sgt luas telah ditelenggami air laut yg hebat. Tiba2 batu karang besar terjatuh ke atas sebuah bangunan, kebetulan kwnnya berada disitu, dan dia langsung x sempat menyelamatkan dia.

Perkara ini tlh mendapat perhatian drp ahli2 sains Russia. Mereka tlh menjalankan kajian terhadap Boriska dan mendapati dia mempunyai "medan magnetik" yg luar biasa. Sungguhpun ahli sains percaya bhw pengetahuan yg diberitahu Boriska tidak mungkin direka, ttp pakar perubatan tidak percaya bahawa dia pernah menduduki Marikh. Misteri ini akan terus menjadi rahsia tanpa pendedahan umum oleh para saintis Russia.
Namun jika perkara yg diceritakan ini benar dan bukan spekulasi kerajaan, maka apakah yg akan terjadi pd penduduk bumi, adakah mereka dpt menerima kenyataan ataupun berlaku konflik dan mungkin akan berlaku peperangan menggunakan teknologi Marikh.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Surat dari setan untukmu

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja

Ahad, Oktober 04, 2009

1001 Kisah tauladan

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Isnin, Ogos 31, 2009

Apa erti merdeka dalam hidup kita?


Siapa yang merdeka? Tahun berulang tahun, laungan MERDEKA! tetap dilaungkan, tetapi cukupkah sekadar laungan dan tangan yg dijulang? Aku tidak akan duduk diam sahaja. Jangan ditanya apakah sumbangan mereka kepada anda tp apakah sumbangan anda kepada mereka. Bendera terpanjang? 99 jam memancing? kek terbesar? cukupkah itu? jangan hanya menyemai semangat itu sahaja dan pada masa yang sama merosakkan akar bangsa. aku merdeka dalam Islamku, aku merdeka dalam diriku, aku merdeka bersama ayahibuku, negaraku dan aku sentiasa berdoa agar aku merdeka tuk sepanjang dunia akhiratku. Syukur Syukur Syukur..merdeka.

Rabu, Julai 22, 2009

Doa malaikat, pahala besar buat jemaah bersolat di saf depan

KITA biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.

Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di barisan pertama.
Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.

Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat. Apa yang penting, asalkan solat berjemaah saja?

Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah.
Marilah kita hayati peringatan Nabi SAW ini: “Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).

Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam mengerjakan solat berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama, lantas Baginda SAW mengingatkan mereka:

“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.” (hadis riwayat Muslim). Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi SAW itu. “….akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan meninggalkan saf yang pertama…”. Mungkin kitalah kaum yang dikatakan Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.

Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan: “Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid. Jangan biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang, sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir dengan imam.

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang didoakan malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.