Moga Beroleh Kemenangan

Khamis, Februari 25, 2010

10 surah yang mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w

1. Surah Al-Fatihah
Amalkan
membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca
Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah
akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan
juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata,
perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah
kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan
mengerjakan solat 5 waktu.
2. Surah Yaasin
Telah
bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada
hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an.
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala
menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :
Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan
"At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan
dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia
mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan
dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika
dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah,
nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik,
Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan
terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. Surah At-Dhuhan
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi'ah
Menurut
beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah
Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai
kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan
beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14
kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan
rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu
bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah
Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam
hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga
kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami
telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta
Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang
tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. Surah Al-Khauthar
Sesiapa
yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah
s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.
Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia
tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam
tidurnya.
6. Surah Al-Khaafiruun
Sesiapa
yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca
seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari
godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat
At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman
serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. Surah Al-Mulk
Sebuah
lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan
faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah,
akan terselamat dari azab kubur.
8. Surah Al-Ikhlas
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya:
"Wahai
Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti
Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an
sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah
tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab,
"Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah
khatam Al-Qur'an keseluruhannya."
Dari Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi
musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca
surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia
kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah
Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya
dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan
kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut,
dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
9. Surah Al-Falaq
Siti
Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam
apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq
dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian
disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit
kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq
dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari
berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan
manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan
manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. Surah An-Nas
Surah An-Nas adalah surah
yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata
An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud
manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah
ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah
dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun
jin.

Surah An-Nas ini juga adalah surah penerang hati.