Jumaat, April 30, 2010
Kes tembak remaja
SHAH ALAM, 30 April — Dengan mendedahkan kandungan laporan saksi insiden Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) meminta polis menghentikan segala ‘drama’ berkaitan kematian remaja tersebut awal minggu ini.“Ini kerana laporan yang dikeluarkan media bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi kejadian.“Bagaimana seorang yang sudah meninggal dunia boleh mengundurkan kenderaan dipandunya?” kata beliau pada sidang media di pejabatnya...
Isnin, April 26, 2010
Kegembiraan di Hari Konvokesyen
Politeknik Johor Bahru..Tanggal 26 April 2010,hari yang tak akan ku lupakan dalam hidup ku..Di mana hari ini aku menghadiri Majlis Konvokesyen dan menerima segulung Diploma..Aku sangat berbangga dengan pencapaian ku..Aku bersyukur di atas kejayan tersebut.Terima kasih mak,terima kasih abah..di atas penat lelah serta pengorbanan membesar kan ku sehingga berjaya hingga ke hari ini..Di hari ini juga ku dapat berjumpa kembali sahabatku..Budak-budak rumah sewa yang satu ketika dulu bergembira dan berduka bersama..Kami bersama-sama berdiri dan bersedia untuk menerima segulung Diploma..Saat-saat yang paling gembira apabila kami bergambar bersama..Sesuatu yang tidak ku jangkakan apabila dapat bergambar bersama insan istimewa yang kini melanjutkan pelajaran di UITM Shah Alam dalam bidang pelancongan..Kenangan manis dapat bergambar bersama adek,mak dan abah..
Semoga hari ini menjadi hari yang tidak akan aku lupakan sepanjang hayatku ... Thankz!!!!!!

Ahad, April 18, 2010
Achik Spin dalam kenangan
18 April 2010
Sejenak kita renungan lirik "Salam Terakhir"yg di nyayikan oleh Allahyarham Sudirman Hj.Arshad
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir
Al-fatihah buat Abdillah Murad Md.Shari
Rakyat Malaysia di gemparkan dengan pemergian Abdillah Murad Md.Shari,28 kerahmatullah pada tanggal 18 April 2010.Penyanyi yg popular dengan lagu Mengusung Rindu,Utusan Rindu dan Paling Comel duet bersama Nana terlibat dalam kemalangan ngeri di Km14 Lebuh Raya Kajang Seremban.Kereta Estima yang di pandu sepupunya hilang kawalan dan melanggar tiang papan tanda lalu terbakar..
Takziah ke atas kehilangan Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin. Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Khamis, Februari 25, 2010
10 surah yang mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w
1. Surah Al-Fatihah
Amalkan
membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca
Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah
akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan
juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata,
perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah
kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan
mengerjakan solat 5 waktu.
2. Surah Yaasin
Telah
bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada
hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an.
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala
menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda :
Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan
"At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan
dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia
mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan
dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika
dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah,
nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik,
Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan
terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. Surah At-Dhuhan
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi'ah
Menurut
beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah
Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai
kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan
beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14
kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan
rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu
bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah
Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam
hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga
kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami
telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta
Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang
tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. Surah Al-Khauthar
Sesiapa
yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah
s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.
Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia
tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam
tidurnya.
6. Surah Al-Khaafiruun
Sesiapa
yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca
seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari
godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat
At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman
serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. Surah Al-Mulk
Sebuah
lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan
faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah,
akan terselamat dari azab kubur.
8. Surah Al-Ikhlas
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya:
"Wahai
Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti
Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an
sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah
tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab,
"Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah
khatam Al-Qur'an keseluruhannya."
Dari Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi
musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca
surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia
kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah
Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya
dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan
kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut,
dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
9. Surah Al-Falaq
Siti
Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam
apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq
dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian
disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit
kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq
dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari
berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan
manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan
manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. Surah An-Nas
Surah An-Nas adalah surah
yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata
An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud
manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah
ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah
dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun
jin.
Surah An-Nas ini juga adalah surah penerang hati.

Khamis, Januari 21, 2010
Anugerah Dari Kegagalan
Dato' Shake
Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan
Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam
Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan
Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan
Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam
Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan
Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Jumaat, Disember 11, 2009
Khutbah terakhir Rasullah s.a.w
Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

Sabtu, Disember 05, 2009
Cahaya
Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri
Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi
Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu
Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku
Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku
Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu

Langgan:
Catatan (Atom)